Pencapaian Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin

1) Seramai 80 orang pelajar SAMTSH mendapat mumtaz atau cemerlang dalam peperiksan Sijil Menengah Agama (SMA) pada tahun 2014 dan SAMTSH melahirkan seorang pelajar terbaik Sijil Menengah Agama (SMA) di Selangor iaitu Ahmad Fareez Abdul Wahab dengan pencapaian mumtaz 99.2%.

2) SAMTSH banyak memenangi acara Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat zon 2 seperti nasyid, musammarah, khat dan lain-lain pada tahun 2014 dan mendapat naib johan keseluruhan (Johan MITST Klang).

3) SAMTSH banyak mewakili zon ke acara KAMIL peringkat negeri dan memenangi banyak acara KAMIL pada tahun 2014.

4) SAMTSH menghantar kumpulan nasyid Soul Al Ghamidi (SAG) untuk mewakili Selangor dalam acara Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISSMAM) peringkat kebangsaan di Terengganu tahun 2014 dan memperoleh naib johan dalam acara tersebut.

5) SAMTSH diiktiraf sebagai sekolah kluster kecemerlangan fasa 9 pada tahun 2015.

6) SAMTSH banyak memenangi acara KAMIL peringkat zon barat pada tahun 2015 dan mendapat naib johan keseluruhan (Johan MITST Alam Impian).

7) SAMTSH banyak mewakili zon ke acara KAMIL peringkat negeri dan memenangi banyak acara KAMIL pada tahun 2015.

8) SAMTSH sekali lagi menghantar kumpulan nasyid SAG untuk mewakili Selangor dalam acara MIISSMAM peringkat kebangsaan di Selangor pada tahun 2015 dan memperoleh johan dalam acara tersebut.

9) SAMTSH banyak memenangi acara dalam Karnival Pendidikan Al Quran dan Kesenian Islam (PAQIS) sekolah sekolah kluster peringkat kebangsaan anjuran SAMTSH pada tahun 2015.

10) Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga tahun 2015 mencatatkan seramai 5 orang pelajar mendapat 11A dan 10 orang Pelajar mendapat 10A.

11) Keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama tahun 2015 mencatatkan seramai 64 orang mendapat mumtaz.

12) Seorang pelajar SAMTSH, dinobatkan sebagai calon terbaik STAM 2015 peringkat negeri Selangor.

13) SAMTSH banyak memenangi acara KAMIL peringkat zon barat 2016 dan mendapat naib johan keseluruhan (Johan MITST Alam Impian).

14) SAMTSH mengekalkan kedudukan sekolah kedua terbaik SPM daerah Klang selepas Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

15) Keputusan Peperiksaan SMA 2016 mencatatkan sejarah apabila keputusan 100% Lulus iaitu tiada seorang calon SMA 2016 memperoleh keputusan Rasib iaitu Gagal.

16) Keputusan SMA 2017 meningkat iaitu GPS dari 1.89 yang ditarget oleh sekolah sebagai ETR kepada 1.85 dengan jumlah calon yang mendapat Mumtaz seramai 65 orang dan keputusan SMA 2017 tetap 100% Lulus

17) Keputusan STAM 2017 meningkat dimana SAMTSH merangkul sekolah kedua terbaik STAM keseluruhan di Malaysia dan melahirkan 2 pelajar Mumtaz Sofi iaitu semua subjek cemerlang.